Ruang Iklan 468x60px

Hubungi kami

Followers

Monday, 9 December 2013

Ayam Kampung Terancam

Oleh Azhar Kasim 
Utusan Malaysia, 27 Jun 2007 

Ayam kampung adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di beberapa buah negara Barat ia dikenali sebagai free ranging chicken atau organic chicken. 

Nama-nama ini sudah jadi sebutan biasa kerana ayam jenis ini bergerak bebas di lapangan sama ada ia dipelihara di kawasan bandar, pinggiran bandar dan luar bandar. 

Di lapangan ayam ini berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba. Secara tidak langsung kawasan yang lapang dimanfaatkan dengan pemeliharaan ayam kampung. 

Monday, 4 November 2013

Ayam Hiasan Onagadori

Nama: Onagadori
Asal: Jepun


   



Ayam Onagadori berbentuk seperti ayam bangkok,Bezanya ayam ini memiliki ekor yang panjang yang mencapai 15 meter.Tak heran kerana keunikannyalah, hingga Maharaja Jepun (500SM) memeliharanya.

Tuesday, 22 October 2013

Produk dan Perkhidmatan Berasaskan Ayam Kampung



Kami merupakan penternak & pembekal AYAM KAMPUNG hidup ataupun siap diproses. Kami juga ada perkhidmatan yang berasaskan ayam kampung bagi penternak baru memulakan penternakan ayam kampung.

Kami membekalkan sama ada secara runcit  @ borong.


Berikut adalah produk & perkhidmatan berasaskan ayam kampung yang kami ada bagi pemborong, peruncit, peniaga, penternak dll....

Sila hubungi kami jika berminat  untuk mendapatkan keterangan lanjut.


1. Ayam Kampung Hidup
   

 

 

 (Sila hubungi kami untuk mendapatkan harga)


Monday, 19 August 2013

SISTEM PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG




PENGENALAN AYAM KAMPUNG

  


Ayam kampung adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan. Nama saintifik bagi ayam kampung ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).

 

Sample text

Sample Text

Sample Text