Ruang Iklan 468x60px

Hubungi kami

Followers

Monday, 19 August 2013

SISTEM PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG







Dari gambar di atas terdapat 3 jenis sistem yaang sering diamalkan seperti berikut ini :

1. Sistem Intensif - Reban dengan tempat atau ruang yang terbatas. Campur tangan peternak dengan sistem seperti ini sangat besar sekali mula dari pemberian makan, vaksin, pengambilan telur dll. Dengan sistem ini hasil ternakan bergantung dari segi penternak itu sendiri. Biasa digunakan dalam penternakan ayam hiasan. 

2. Sistem Semi IntensifTernakan ditempatkan ke dalam reban yang berfungsi sebagai tempat berteduh semasa panas dan hujan. Kadang-kadang diberi tempat yang berfungsi untuk ternakan berkeliaran. Dengan sistem seperti ini campur tangan penternak terbatas pada pemberian makan dan minum saja. 

3. Sistem Ekstensif - Ternakan diletak dalam satu tempat dengan memberikan kebebasan kepada ternakan untuk hidup dan berada di mana ia suka. Dengan tiada batasan inilah ayam akan berada di tempat yang mungkin berbeza-beza dalam mencari makan, bertelur dan lain sebagainya. Sistem ini masih diterapkan oleh penternak tradisional. Sistem ini melibatkan campur tangan penternak yang kecil.


Oleh itu, sebelum menggunakan sistem tersebut, kita  perlu lihat dahulu modal yang ada dan hasil yang akan diperolehi. Ini kerana pemilihan sistem berkaitan dengan jumlah pengeluaran yang akan dikeluarkan dalam pembuatan reban dan dalam pemeliharaan itu sendiri. Pemilihan yang sesuai adalah berdasarkan aspek penilaian dari peternak itu sendiri. Maksudnya peternak tergolong dalam kategori yang mana.

Sistem yang sesuai digunakan dalam penternakan ayam kampung pada umumnya adalah Semi Intensif dan Ekstensif. Bergantung kepada beberapa faktor yang mempengaruhi. Misalkan dari segi kuantitinya, tujuan penternakan, dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text